RAMALLAH, 4 JULAI: Jumlah rakyat Palestin yang ditahan sejak bermulanya serangan Israel di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober lepas, telah meningkat kepada 9,520 orang, kata Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin serta Persatuan Tahanan Palestin (PPS).
PUTRAJAYA, 2 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Kerajaan MADANI tidak akan sesekali berundur meskipun berhadapan kritikan terhadap tindakan tidak popular, antaranya berkaitan penyasaran subsidi diesel dan pembanterasan rasuah secara tegas.
ISTANBUL, 29 JUN: Hamas pada Jumaat mengecam tindakan Israel untuk menghalalkan penempatan dan unit baharu di Tebing Barat yang diduduki.
ANKARA, 26 JUN: Sekurang-kurangnya 60 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah korban setakat ini kepada 37,718, menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu pada Rabu.
ISTANBUL, 24 JUN: Lebih 20,000 kanak-kanak Palestin hilang di Gaza akibat serangan Israel ke atas wilayah terkepung itu sejak 7 Okt lepas, lapor Agensi Anadolu memetik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Save the Children.
RAMALLAH (Palestin), 17 JUN: Tentera Israel menyerang beberapa kawasan di seluruh Tebing Barat yang diduduki dan menyerbu rumah-rumah penduduk Palestin pada Isnin, hari kedua perayaan Aidiladha, kata saksi.
NEW YORK, 17 JUN: Ketua Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Martin Griffiths, berkata pengeboman Israel di Gaza sejak 7 Oktober 2023 telah menjadikan sektor yang dikepung itu sebagai neraka di dunia.
BANDARAYA GAZA, 16 JUN: Sekatan terbaharu Israel menyebabkan ratusan ribu keluarga di Semenanjung Gaza tidak berpeluang melakukan ibadah korban bagi Aidiladha tahun ini, menurut kenyataan pejabat media Gaza pada Sabtu.
Semenjak perang di Gaza kembali meletus bermula Oktober 2023, istilah boikot turut sama meletup.
GAZA, 9 JUN: Angka korban serangan kejam tentera Israel ke atas Kem Pelarian Nuseirat yang terletak di tengah Gaza meningkat kepada kira-kira 210 orang dengan hampir 400 yang lain cedera, kebanyakannya orang awam, menurut Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) yang memetik laporan perubatan.
GAZA, 6 JUN: Sekurang-kurangnya 30 warga Palestin maut, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita manakala puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah sekolah yang menempatkan penduduk kehilangan tempat tinggal di kem Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza, kata sumber perubatan kepada Xinhua pada pagi Khamis.
ISTANBUL, 4 JUN: Israel telah menggugurkan lebih 70,000 tan bom di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas, jauh mengatasi jumlah yang digugurkan di Dresden, Hamburg dan London semasa Perang Dunia Kedua, lapor Agensi Anadolu (AA).
BANDARAYA GAZA, 2 JUN: Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
BANDARAYA GAZA, PALESTIN, 1 JUN: Selepas pengumuman Israel pada Rabu bahawa ia telah menguasai Koridor Philadelphi di sepanjang sempadan Palestin-Mesir, sekatan tentera terhadap semua sempadan Semenanjung Gaza diperketat dan semua akses masuk bantuan telah ditawan.
KUALA LUMPUR, 27 MEI: Israel telah menyerang beberapa kem perlindungan Palestin di Tal as-Sultan, Jabalia, Nuseirat dan Bandaraya Gaza dan membunuh hampir 200 orang awam dalam tempoh 24 jam lepas.
KUALA LUMPUR, 25 MEI: Malaysia mengalu-alukan langkah sementara tambahan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), termasuk arahan supaya Israel menghentikan dengan segera serangan tenteranya di Rafah.
KUALA LUMPUR, 15 MEI: Tiga lelaki warga asing dipercayai mempunyai kaitan dengan lelaki warga Israel, Avitan Shalom yang ditahan bersama enam pucuk pistol dan 158 butir peluru di sebuah hotel di sini 27 Mac lepas, selesai dihantar pulang ke negara asal.
KUALA LUMPUR, 12 MEI: Malaysia menyatakan sokongan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh Qatar dalam usaha menyelesaikan keganasan rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin.
KUALA LUMPUR, 12 MEI: Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini, mengecam tanggapan “zon selamat” di Gaza sebagai palsu dan mengelirukan.
KUALA LUMPUR, 7 MEI: Mesir pada Selasa mengutuk sekeras-kerasnya operasi ketenteraan Israel di bandar Rafah, Palestin.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.